INTERNATIONAL CONFERENCE ON KAMPUNG MIZAN KAJI MODEL KAMPUNG MIZAN

NILAI, 24 SEPT 2016 – Seramai 40 ahli akademik dari universiti tempatan dan luar negara hadir ke International Conference on Kampung Mizan yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 September 2016 bertempat di Aras dua Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail.

Projek ini merupakan hasil kerjasama antara USIM dan Bank Rakyat dan persidangan ini dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Mizan atau juga dikenali sebagai MRC.  Mizan adalah perkataan Arab yang bermaksud 'balance'.

Ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Educational Consultant and Trainer, Greece, University of Duhok Kurdistan dan Universiti Padjajaran Indonesia adalah antara yang terlibat dengan penyelidikan itu.

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Prof Datuk Dr Musa Ahmad, ahli akademik seluruh negara berkumpul berganding bahu menghasilkan model Kampung Mizan yang bertujuan memulihara cara hidup masyarakat kampung yang semakin mengalami krisis ketidakseimbangan. Satu kajian kes ringkas mengenai kampung Melayu-Muslim seperti Kampung Baru, Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum di Kuala Lumpur, Kampung Parit Gabis di Perak, Kampung Morten di Melaka dan kampung di Seri Menanti Negeri Sembilan.

"Kita perlu memulihara dan mengamalkan nilai dan adat resam serta tradisi yang dijunjung tinggi orang kampung agar kita tidak kehilangan di dalam gaya hidup bandar yang serba kelam-kabut seperti yang kita alami sekarang."   

“Tujahan projek MRC terdiri daripada Pengajian Islam, Seni, Sains Sosial dan Sains dan Teknologi. Selain persidangan ini, MRC pada masa ini dalam usaha  menerbitkan beberapa buku  seperti Masjid dan Pembangunan Komuniti Bandar dan Luar Bandar, Seimbang Itu Indah from the Perspective of Built Environment and Pembasmian Kemiskinan Perspektif Maqasid Syariah”, tambah Dato Musa.

Buat masa ini sebanyak 3 projek yang sedang dijalankan di bawah Pusat Penyelidikan Kampung Mizan iaitu Kampung Mizan Initiative, Qalb Leadership and Qalb Leadership Decision Making.

Turut hadir adalah Prof Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Datuk Hj Abdul Rahman Kasim Pengerusi Yayasan Bank Rakyat. 

  

Disediakan oleh:  

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 1916 kali

Tinggalkan Komen

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my