GLOBAL ISLAMIC VOLUNTEER USIM CURAH BAKTI DI BUMI KEMBOJA

KEMBOJA, 25 OGOS 2016 - Seramai 15 orang ahli kelab Global Islamic Volunteer (GIV), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Kemboja untuk mendekati masyarakat di sana selain memberi khidmat masyarakat kepada penduduk dan murid daif dari aspek sumbangan tenaga ilmu serta melaksanakan misi kesukarelawan dan pengajaran kepada masyarakat di sana baru-baru ini.

Bertemakan Travelog Ilmiah Tanpa Sempadan di Kemboja, Program berlangsung selama enam hari di Kampung Chiro, Kemboja itu adalah antara usaha untuk memenuhi komponen bagi melayakkan diri untuk menerima anugerah emas program rakan perdana rakan muda yang juga merupakan salah satu pengiktirafan oleh pihak kerajaan yang bertaraf antarabangsa.

Menyahut juga seruan inspirasi Universiti, yang mahu melihat golongan pelajarnya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan yang memberi kebaikan kepada kumpulan sasaran. Justeru, dengan berbekalkan semangat kesukarelawan yang ada, mereka berangkat ke Kemboja bersama seorang mentor dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak dan menjadikan travelog ilmiah tanpa sempadan di bumi Kemboja sebagai tema.

Kepenatan perjalanan yang mengambil masa hampir tiga jam dari Lapangan Terbang Phnom Penh ke Kampung Chiro itu hilang apabila setibanya mereka ke sana, mereka disambut baik oleh orang kampung.

Inisiatif  kendalian Mumtaz Ahmad Najhi Mohamed berkata, program sukarelawan ini bukan sahaja mahu memberi pendedahan dan peluang untuk mahasiswa berkongsi adat dan budaya di negara berbentuk monarki konstitusianal Asia Tenggara itu, malah untuk melatih mahasiswa supaya kuasai pelbagai soft skill  antaranya dari aspek kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berpasukan.

“Pelbagai aktiviti kesukarelawan yang dijalankan bersama masyarakat setempat antaranya ialah construction of the toilet iaitu membina tandas kepada penduduk kampung Chiro bagi kegunaan mereka.”

“Dana dan sumbangan yang dikumpulkan juga diserahkan bagi memudahkan urusan dan meringankan beban orang kampung.”

“Selain membuat tandas, kami juga menjadi guru Bahasa Inggeris kepada pelajar disana dengan mengajar empat komponen utama dalam Bahasa Inggeris iaitu spelling, reading, grammar, dan vocabularry,” katanya.

“Bukan sahaja mengajar Bahasa Inggeris, kami juga sempat berkongsi dengan mereka mengenai sains iaitu tentang eksperimen gunung berapi, bahkan juga kami sempat  mengajar mereka bagaimana cara yang betul  untuk menjaga gigi dan tujuh cara yang tepat untuk membasuh tangan.” tambahnya lagi.

Sementara itu, Siti Sarah Azahar, Timbalan Pengarah Program berkata, aktiviti dan modul yang kreatif dan unik yang disediakan oleh pihaknya berjaya menarik perhatian peserta.

“Program selama enam hari itu berjalan lancar dan disambut meriah oleh penduduk kampung.”

Responds yang amat baik juga diberikan oleh pelajar disana secara keseluruhannya selain menzahirkan perasaan yang sangat gembira dengan aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan kepada mereka.”

Tambahnya lagi, antara modul istimewa yang disediakan adalah pertukaran resepi makanan tradisional antara masyarakat Kemboja dan Malaysia.

“Kami memperkenalkan kepada mereka makanan tradisi orang melayu iaitu nasi lemak yang mana ia merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia, manakala mereka pula  mengajar kami resepi asli  kari ayam yang sememangnya jauh berbeza dengan resepi di Malaysia.” katanya.

Sebelum berangkat pulang ke tanah air, mereka sempat singgah di Central Market yang terletak di tengah bandar Phnom Penh dan membeli cenderamata untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

  

Disediakan oleh:  

Nor Hasnah Abd Wahid

Dikemaskini oeh:

 

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)   

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 2770 kali

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my