254 KAKITANGAN TERIMA ANUGERAH DI AKI 2015

NILAI, 9 SEPT 2016 - Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi atau singkatannya AKI merupakan antara majlis tahunan yang ditunggu-tunggu. Majlis yang diterajui oleh Jabatan Pendaftar telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej PERMATA Insan dengan tema “Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa”.

Majlis ini merupakan satu medan pengiktirafan Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM) terhadap warganya yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada Universiti sepanjang tahun 2015 lalu.

Objektif majlis ini adalah manifestasi usaha USIM untuk menghargai dan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada para kakitangan yang secara berterusan mengangkat martabat keilmuan dan pentadbiran universiti yang berlandaskan ilmu Naqli dan Aqli ini.

AKI 2015 kali ini menyaksikan seramai 254 orang penerima anugerah yang terdiri daripada 122 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 96 penerima Anugerah Khas dan 3 orang kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa (APCI).

Daripada 122 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 47 orang penerima terdiri daripada Kumpulan Akademik dengan peratus 38.52% dan 75 orang penerima daripada Kumpulan Pentadbiran dengan peratus 61.48%.   Bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional jumlah penerima 19 orang dengan peratus 15.57%.  Manakala bagi Kumpulan Pelaksana, jumlah penerima 56 orang dengan peratus 45.90%.

 “Majlis ini merupakan platform yang terbaik bagi USIM menghargai pengorbanan dan usaha kakitangannya yang sentiasa meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan. Ia juga satu langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya di USIM, ucap Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya.

Pada masa yang sama, Mantan Naib Canselor Kedua USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda menerima Anugerah Tokoh Akademik (Hasanul Mudir). Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 5,000, baucer buku bernilai RM300.00 beserta sijil penghargaan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

 

Disediakan oleh :

Mohd Fadzwan Zakaria

Penolong Pendaftar

Jabatan Pendaftar

 

Dikemaskini oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Maklumat Tambahan

Baca 3420 kali

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my