JAKSA AKASIA AVENUE PERSIAPKAN PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN TERBAIK

GOMBAK, 21 OGOS 2016 - Sebagai persiapan untuk menyediakan pemimpin kolej kediaman yang terbaik, Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa Siswi (JAKSA) Akasia Avenue dan Desa Jati, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan 19Kursus Pengukuhan Organisasi dan Kepimpinan Jaksa dan Pentadbiran Kolej Kediaman baru-baru ini.

Berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 19 hingga 21 Ogos lalu di Kem Alang Sendayu, Gombak, ia disertai kepimpinan JAKSA Akasia Avenue dan Desa Jati seramai 22 orang. Turut sama ialah beberapa wakil dari kolej kediaman USIM yang lain iaitu Kolej  Kediaman Nilam Court (dua orang) dan Kolej Kediaman Pandan Indah (tiga orang).

Menurut penyelaras program iaitu Encik Mohd Fazhiruddin Kamaruddin, Felo Kolej Kediaman USIM, program ini julung kali diadakan sebagai ‘pilot test’ untuk membentuk sebuah modul kepimpinan organisasi yang menerapkan kemahiran kepimpinan dan asas tadbir urus sesebuah organisasi.

“Kita harapkan dengan kemahiran asas yang diterapkan ini, ia akan menghasilkan mahasiswa yang berketrampilan tinggi dari sudut kepimpinan malahan ia juga mampu membentuk sebuah organisasi yang mampan dari sudut kerjasama serta mempunyai hubungan yang rapat dengan kakitangan pentadbiran Kolej Kediaman”.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah, ujian personaliti warna yang mana, ceramah kepimpinan dan organisasi, permainan menguji brainstorming dan Protect The Ship. Selain daripada itu, aktiviti bersifat ‘outdoor’ juga menjadi pengisian kursus ini bagi membentuk pemimpin yang tahan lasak dan cergas seperti Nightwalking, Wet Abseiling dan River tracking” ujarnya.

Kursus ini memberikan impak yang besar kepada setiap peserta yang rata-rata memberikan maklumbalas yang positif terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan. Adalah menjadi objektif yang utama kursus ini agar dapat menjadi pemangkin pembentukan siswa/i dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja bijak pandai dalam pelbagai aspek malah dalam memahami organisasi secara keseluruhannya.

 

Disediakan oleh: 

Nur Masturina Maakribi

JAKSA Akasia Avenue dan Desa Jati

 

Dikemaskini oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 3535 kali

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my