USIM JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI THAILAND DAN TURKI Featured

NILAI, 19 JULAI 2016 - Selaras dengan misi dan visi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menjadi Universiti rujukan serantau dalam bidang integrasi Naqli dan Aqli pada tahun 2016, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM menjalinkan kerjasama strategik dengan Prince of Songkla University, Kampus Pattani Thailand dan International University For Renewal, (IUR) Turki yang diadakan di Lounge Aras 6 Canselori USIM.

Buat masa ini, hubungan kerjasama diantara FPQS, USIM dan PSU adalah menjurus kepada program pertukaran pelajar (Transfer Credit) yang melibatkan pelajar PSU daripada program International Islamic Studies-Net Working (IISN) di bawah major Islamic Studies (International) di FPQS. FPQS juga sedang dalam perancangan untuk menghantar pelajar FPQS ke PSU bagi program Transfer Credit dan perancangan adalah pada awal tahun 2017.

Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata, seperti yang diketahui misi halatuju USIM pada 2025 adalah untuk menjadi universiti terkemuka dunia untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli dan langkah menjalinkan hubungan strategik dengan IUR, Turki adalah salah satu strategi USIM dalam memperkenalkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Pihak IUR berminat untuk menawarkan Program Pengajian yang ditawarkan USIM untuk dilaksanakan di IUR. USIM akan mengatur beberapa siri perbincangan dengan lebih lanjut bagi membolehkan hasrat ini tercapai.

Pada majlis menandatangani MoU itu, USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad, IUR diwakili oleh Presiden Prof Dr Jamal AbdelSattar dan PSU diwakili oleh Dr Yusof Talek Pengarah Kolej Pengajian Islam.

 

 

Disediakan oleh: 

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)   

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

                                      

 

 

 

Additional Info

Read 1362 times

Leave a comment

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my