PELAJAR TAHUN AKHIR FPG USIM RAIH TEMPAT KEDUA DI KOREA Featured

Penuntut tahun akhir di Fakulti Pergigian USIM, Mohd Nazrin, 24 dan Khalisah Rahim, 24 terpilih mewakili Malaysia bagi membentangkan penyelidikan mereka di 94th General Session & Exhibition of the International Academic Dental Research (IADR) yang bertempat di COEX Convention Centre di Seoul, Korea Selatan pada 22-25 Jun 2016 yang lalu.

Mereka telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam pertandingan 2016 Student Clinician Program yang dianjurkan oleh Dentsply International dan SCADA (Student Clinician American Dental Association) di bawah seliaan  Dr Norlela Yacob, Dr Faizah Abdul Fatah dan Dr Nor Azura Tarmidzi.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh beberapa buah negara dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Filipina, Hong Kong, Vietnam dan juga Malaysia. Peserta perlu membentangkan penyelidikan masing-masing di dalam bentuk ‘table-clinic’ dan poster. Malaysia yang mempertaruhkan kajian mereka yang bertajuk Duplo Box : Copy Denture Made Easy telah berjaya mendapat tempat kedua di belakang pendahulu dari Indonesia. Johan dan Naib Johan masing-masing membawa pulang USD500 dan trofi dan tempat ketiga mendapat USD250 dan trofi. Johan akan mewakili Asia Tenggara bagi membentangkan kajian mereka di Georgia, Amerika Syarikat pada bulan Oktober ini.

Kajian tersebut berkaitan sebuah reka cipta bagi memudahkan proses pembuatan gigi palsu menggunakan teknik meniru dentur dan teknik ini amat sesuai bagi golongan yang berusia untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu yang baru. Kajian ini juga telah menempa nama dalam beberapa pertandingan yang lain seperti ITEX 2016 (gangsa), I-Inova 2015 (emas) dan Penyelidikan Terbaik di dalam  2nd Dental Student Colloqium.

“Kami berharap kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada mahasiswa lain untuk lebih terkehadapan dalam meneroka ilmu dan memupuk budaya fikir dengan kreatif dan kritis yang selari dangan tuntutan agama,” ucap Dr Norlela Yacob selaku pensyarah penyelia.

 

Disediakan oleh :


Dr Norlela Yacob,

Fakulti Pergigian,

Universiti Sains Islam Malaysia

 

Dikemaskini oleh: 

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)   

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Additional Info

Read 1625 times

Leave a comment

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my