MIG TERAPKAN PENDIDIKAN PERBANKAN ISLAM DALAM PERMAINAN Featured

NILAI, - Muamalat Interactive Game (MIG) adalah permainan berkonsepkan board game yang dihasilkan oleh pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat ( FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Syahidawaty Shahwan bersama ahli kumpulan lain Prof. Madya Dr Zurina Shafii, Dr. Norhazlina Ibrahim, Supiah Salleh, Kasumalinda Alwi, Safeza Mohd Sapian, dan Halizah Md Arif

Ia berbeza dengan permainan board game yang lain seperti saidina dan monopoly yang sangat popular suatu ketika dahulu. Inovasi MIG ini tercetus kerana dalam usaha untuk menerapkan ilmu dan pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti perbankan dan kewangan Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian masyarakat Islam, iaitu sambil bermain sambil berdakwah.

“Melalui permainan ini, pemain akan merasai dan melalui sendiri proses 'aqad bagi produk-produk perbankan Islam yang ada dalam permainan ini. Ia juga mendidik pemain untuk mengurus kewangan khususnya hutang mereka dengan bijak dan teratur. Pemain juga didedahkan kepada aktiviti philantrofi untuk mendidik mereka menghayati konsep sadaqah dan waqaf yang amat dianjurkan dalam Islam, tambahan ia merupakan yang pertama seumpamanya di dunia”, jelas Syahidawaty.

“Kontrak-kontrak yang ada dalam permainan ini termasuklah kontrak tijari seperti tawarruq, murabahah,  musharakah mutanaqisah, rahnu dan kontrak Ijtimai' seperti waqf, sadaqah dan zakat”, tambahnya lagi. 

Perbankan dan kewangan Islam memerlukan kefahaman yang mendalam dari segi pengetahuan syariah, konsep-konsep muamalat, proses ‘aqad jual beli dan segala yang berkaitan dengan kewangan dan muamalat Islam. Justeru, dalam memudahkan kefahaman terhadap terma-terma muamalat perbankan Islam, permainan santai dan menarik ini telah terhasil bagi menarik minat khusus kepada “end-user” dan pengamal industri yang sememangnya akan berdepan dengan proses-proses perbankan.

MIG telah bertanding dan memenangi beberapa pencapaian antaranya mendapat emas dalam ITEX2016 (International Invention and Innovation Exhibition), dan PECIPTA2015 (14th International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning) serta Copyrighted (2015) Filed and Patent (2016) Filed.

 

 

Untuk maklumat lanjut:

Syahidawati Shahwan

Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) 

Research Fellow, Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI)

Universiti Sains Islam Malaysia

 +606.7986318 (office)

 

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)  

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

 

 

 

 

 

Additional Info

Read 2007 times

Leave a comment

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my