PENGAMAL MEDIA ‘PERTURUN ILMU’ DALAM BENGKEL ANJURAN USIM Featured

NILAI, 17 DIS 2015 – Seramai 48 peserta yang terdiri dari staf dan pelajar menghadiri Bengkel Pengurusan Media 2015 anjuran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan di Bilik Seminar 2, Pusat Tamhidi pada 17 Disember 2015.

Objektif penganjurannya adalah untuk menyediakan input-input penting dan pengetahuan asas berkaitan prosedur pengurusan media dan perhubungan awam dalam organisasi selain memberi pendedahan dan panduan kepada kakitangan dan pelajar dalam aspek pengurusan media semasa penganjuran program di fakulti dan Jabatan di USIM.

Menurut Dr. Faizal Kasmani Pengarah StraComm, bengkel yang julung kali diadakan ini adalah bagi berkongsi maklumat dan pendedahan berkaitan media, di mana media memainkan peranan penting dalam dunia komunikasi harini yang membantu menyampaikan maklumat dan matlamat organisasi untuk disalurkan kepada khalayak.

“Tiga topik yang menarik telah disusun sepanjang pengisian bengkel hari ini iaitu Peranan Organisasi dalam Pengurusan Media Elektronik, Teknik Penulisan Rencana dan Berita dan Etika dan Aspek Undang-undang dalam Kewartawanan Media   Sosial dan Media Cetak”.

“Walaupun dengan pengisian yang padat, diharap dengan penganjuran bengkel ini sedikit sebanyak peserta mendapat input yang berfaedah yang dapat digunakan bagi membantu menaikkan lagi nama universiti”, tambah Dr. Faizal.

Penceramah jemputan adalah terdiri dari tiga ahli panel yang yang berpengalaman luas dalam bidang penyiaran media cetak dan media elektronik iaitu Encik Ainol Amriz Ismail Ketua Biro Utusan Seremban, Encik Ziauddin Sharuddin Ketua Biro Berita Harian Seremban dan Encik Arfi Ahmad Wartawan Senior BERNAMA TV/TV9 Seremban.

 

Disediakan oleh:     

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)  

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

 

 

Additional Info

Read 1523 times

Leave a comment

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my