REHLAH ILMIAH DAN KHIDMAT UMMAH SANTUNI PELAJAR KELAINAN UPAYA

NILAI, 22 OKT 2016 -  Seramai 39 mahasiswa/i Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Tahun 3 yang turut diiringi oleh seorang pensyarah USIM telah menjalankan program Rehlah Ilmiah Dan Khidmat Ummah (Riku) untuk pelajar-pelajar Kelainan Upaya yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (SKPK Alma).

Objektif utama program ini adalah untuk melaksanakan misi dan tanggungjawab sebagai seorang insan dan juga sebagai seorang mahasiwa/i USIM yang mengambil berat serta untuk menimba pengalaman di sekolah tersebut . Ia juga adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang mengalami kekurangan  dari segi penglihatan serta masalah dalam pembelajaran selari dengan pengkhususan peserta yang mengambil kursus Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah.

Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan antaranya bacaan ‘Ruqyah’ dan solat sunat Dhuha dan  “Tahsin Solat” iaitu memperbaiki cara berwudhu’ , ice-breaking dan slot Sunnah harian .  Aktiviti – aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan mendidik pelajar-pelajar kelainan upaya ini terutamanya yang beragama Islam bahawa mereka juga sama seperti pelajar-pelajar yang normal dari segi penglihatan untuk mengamalkan apa yang patut diamalkan sebagai seorang muslim.

Pengarah program saudara Muhamad Ridauddin Amin Bin Muhamad Nordin melahirkan rasa bangga dan teruja dengan terlaksananya program ini kerana memberi pengalaman yang baru kepada para peserta di samping dengan adanya program ini mampu merubah persepsi masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya yang mana bakat-bakat mereka ini terlepas pandang walhal mereka mempunyai bakat tersendiri bahkan ada golongan dari kelainan upaya mampu menyaingi orang normal.

Hakikatnya kita semua adalah sama dan setiap orang ada kelebihannya yang tersendiri dan yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa sahaja. Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat , ayat : 13 “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Jika di tinjau dari sudut prasarana sekolah tersebut telah memberi peluang kepada mahasiswa/i USIM untuk merasai cara kehidupan pelajar-pelajar kelainan upaya di sana. Sekolah tersebut telah banyak mengajarkan mereka untuk berdikari walaupun kekurangan dari segi penglihatan tetapi mereka mampu bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Oleh itu, sekolah ini telah membuktikan bahawa walaupun pelajar-pelajar tersebut kurang bernasib baik akan tetapi mereka mampu mencipta kejayaan untuk sekolah mereka .

Guru Besar SKPK Alma Puan Wan Roha berkata, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mahasiwa/i USIM di atas program tersebut kerana turut membantu pihak sekolah dalam menjayakan program RIKU ini . Beliau juga menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelainan upaya agar menggalakkkan anak-anak mereka  menimba ilmu supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran serta berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sebaris dengan pelajar-pelajar normal yang lain di luar sana.

 

Disediakan oleh:

Fatin Nadhirah Mufasir

 

Dikemaskini oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)  

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan                 

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Additional Info

Read 865 times

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my