PELAJAR JEPUN TERUJA JALANI SUMMER PROGRAM DI USIM

NILAI, 15 SEPTEMBER –Seramai empat orang pelajar dan seorang pegawai pengiring dari Prefectural University of Hiroshima (PUH) mengikuti Summer Program di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selama seminggu yang telah pun bermula pada 3 hingga 9 September.

Program ini merupakan salah satu program Mobiliti Jangka Pendek (Short Course Mobility) dikelolakan Pusat Tanggungjawab, USIM 'Alamiyyah untuk mencapai agenda Pelan Strategik USIM 2016-2025  yakni untuk menjadi sebuah institusi Pengajian Tinggi yang tersohor diperingkat serantau serta menjadi sebuah universiti yng dirujuk (referred), relevan (relevant) dan dihormati (respected).

Ia pertama kali dilaksanakan dan dilihat sebagai satu usaha timbal balik pihak USIM kepada pihak PUH yang telah menerima pelajar USIM pada Februari lalu yang disertai oleh pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama.

“Melalui program ini, USIM menawarkan Program Bahasa Inggeris dan Budaya Malaysia (English Language And Malaysian Culture Programme)manakala PUH menawarkan Program Bahasa Jepun dan Budaya Jepun (Japanese Language and Culture programme),” ujar Prof Roshada, Pengarah USIM ‘Alamiyyah.

Menurutnya lagi, perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam program yang ditawarkan boleh menjadi kayu ukur kepada USIM untuk menjalankan program mobiliti pada masa akan datang sama ada mampu memberikan pulangan atau salah satu aktiviti penjanaan kewangan kepada USIM.

Nao Yasuda, 22, pelajar tahun 4 dari Faculty of Human Culture and Science berkongsi  perasaan teruja menyertai program ini. Di sini, saya berpeluang merasai pengalaman berinteraksi dengan masyarakat Malaysia yang sangat unik kerana terdiri dari pelbagai bangsa serta budaya.

“Saya kagum dengan kemudahan jalan raya dan kemudahan bekalan air serta elektrik yang pesat membangun. Saya suka mencuba sesuatu yang baru di sini walaupun setiap makanan yang dihidang kebanyakannya pedas, saya nikmatinya banyak juga,” kongsinya.

Pelajar paling muda, Kaori Takamoto, 19, pelajar tahun 1 dari Faculty of Human Culture and Science berkongsi rasa gembira mempelajari budaya Masyarakat Malaysia malah turut berkongsi pengalaman ketika berada di Homestay Lonek yang diajar membuat makanan tradisional, dodol dan bermain congkak dan boling kelapa dan menangkap ikan keli.

Bagi Chie Kusamoto, 21 dan Rina Tokunaga, 20, mereka berkongsi makanan kegemaran yang sama iaitu  bihun sup  yang menyerupai makan Jepun, udon dan roti canai pisang kerana rasanya yang manis dan lembut.

Lawatan ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur (Central Market dan Muzium Negara), Putrajaya dan sekitar Negeri Sembilan (Muzium Negeri Sembilan, Muzium Diraja Tuanku Jaafar, Istana Seri Menanti) membolehkan pelajar ini melihat keunikan dan kepelbagaian agama di Malaysia.

“Kami sangat kagum dengan pembelajaran Islam yang diterapkan dalam sistem pembelajaran di USIM malah gembira mengenali rakan-rakan baru yang sangat berbudi serta banyak membantu sepanjang program kami di USIM,” tambah Chie Kusamoto.

“Disamping mengukuhkan kerjasama lebih erat antara universiti, program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menguasai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan lebih yakin melalui perbualan bersama rakan baru dan kelas yang diikuti. Mereka turut berpeluang untuk merasai kehidupan masyarakat di Malaysia serta mempelajari adat resam, budaya dan citra Rakyat Malaysia,” ujar pegawai pengiring, Mariko Nishizawa.

Pada masa yang sama, salah seorang urusetia pelajar USIM, Nursyafiqah, 22, pelajar tahun 4 dari Fakulti Sains dan Teknologi menyatakan pengalaman menjadi sebahagian pembimbing rakan merupakan satu peluang yang baik untuk turut sama mempelajari Bahasa Jepun disamping berkongsi pengetahuan aspek budaya masyarakat Jepun yang amat berdisiplin menggunakan masa serta kagum dengan nilai-nilai murni yang dipamerkan.

Program ini berpotensi besar untuk menjadi program mobiliti jangka pendek (Short Course) melalui penyertaab pelajar antarabangsa serta institusi luar negara yang memberikan impak positif kepada USIM dalam aspek penjanaan kewangan serta kerjasama yang lebih baik dengan Universiti-Universiti luar negara khususnya dari Jepun.

 

Disediakan oleh:


Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Additional Info

Read 3253 times

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my