PENERBIT USIM MENGUNGGULI HADIAH ANUGERAH BUKU KAUNSELING TERBAIK Featured

NILAI, 16 DIS 2016 – Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengungguli anugerah Kategori Buku Kaunseling Terbaik pada Majlis Anugerah Buku Negara 2016 yang diadakan pada 14 Disember bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Buku berjudul Nurturing a Balanced Person: The Leadership Challenge tersebut melalui penulisan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, YBhg Tan Sri Prof Dato’ Dzulkifli Abdul Razak mengupas persoalan menarik mengenai cabaran kepemimpinan dalam melahirkan insan seimbang. 

“Kejayaan dalam anugerah ini membuktikan bahawa hasil-hasil penerbit USIM mempunyai kualiti dan menjadi rujukan kepada masyarakat umum dan mendapat nilai tambah sebagai hasil terbaik dalam kategori tersebut.” ujar Pn Hariza Mohd Yusof selaku Ketua Penerbit USIM.

“Buku yang diterbitkan hasil kerjasama Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM) ini sangat menarik untuk dibaca bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsep insan seimbang dan cabaran kepemimpinan,” tambahnya lagi.

Penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman.

Majlis Anugerah Buku Negara 2016 merupakan anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersempena Ekspo Buku Negara yang berlangsung pada 14 hingga 18 Disember 2016.

 

Disediakan oleh :

Penerbit

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Maklumat Tambahan

Baca 723 kali

Tinggalkan Komen

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my