USIM BERSAMA DUA RAKAN INDUSTRI PERLUAS JARINGAN KERJASAMA Featured

NILAI, 16 NOV 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama dengan dua agensi luar dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama 3M Malaysia Sdn Bhd dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd.

Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr. Musa Ahmad Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi menyarankan agar Universiti Awam memperluaskan jaringan kerjasama bersama rakan industri bagi memperkasakan kurikulum yang sedia ada. Ini bermaksud kurikulum yang sedia ada dapat dilonjakkan dengan kemahiran-kemahiran amali melalui rakan industri yang berkaitan. Dalam erti kata lain, mahasiswa khususnya akan mendapat manfaat yang banyak melalui kerjasama seperti ini di mana mereka akan mempelajari teori ketika di kuliah dan mempelajari kemahiran serta teknikal bersama rakan industri. Perkara ini juga sekaligus mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui sokongan rakan-rakan industri.

“USIM dengan dengan kerjasama 3M Malaysia Sdn Bhd telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam menjayakan program-program yang akan dilaksanakan khususnya oleh Fakulti Pergigian (FPg).  3M Malaysia Sdn Bhd merancang untuk menaja anugerah pelajar Fakulti Pergigian yang cemerlang dalam Majlis Konvokesyen USIM bermula pada tahun 2017 yang mana tajaannya adalah berupa Sijil, Plak dan Satu Tempat Percuma untuk menghadiri bengkel 3M di 3M Customer Innovation Centre bagi setiap anugerah Best Student Award, Best Clinical Award, Best Research Award”.

“Manakala, USIM dengan kerjasama Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd pula telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik dalam melaksanakan kajian berkaitan ujian klinikal dan makmal  menggunakan produk penjagaan kesihatan yang halal serta penganjuran persidangan, seminar serta bengkel berkaitan bidang pergigian. Dalam hal ini, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd telah bersetuju untuk memberikan kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaan kajian serta penajaan bagi pelaksanaan program-program anjuran FPg”, tambah Dato Musa.

Dalam majlis tersebut, USIM diwakili oleh Prof Dato Musa Ahmad Naib Canselor, manakala 3M Malaysia Sdn Bhd diwakili oleh Tuan Parameswaran Nair,  Pengarah Urusan dan Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd diwakili oleh Dato’ Haji Zaihal Hazri Haji Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif.

 

 

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)  

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan                 

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 876 kali

Tinggalkan Komen

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my