ARAB-ASIAN GLOBAL HIGHER EDUCATION SUMMIT (AAGHES 2016) HIMPUN PEMIMPIN UNIVERSITI NEGARA ARAB DAN ASIA

NILAI, 16 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjadi tumpuan perjumpaan para pemimpin universiti negara Arab bersempena penganjuran Arab-Asian Global Higher Education Summit (AAGHES) 2016. Pertama kali dianjurkan , AAGHES akan berlangsung mulai esok, 17 Oktober sehingga Rabu ini menghimpunkan hampir 60 Presiden, Naib Canselor dan Pengurusan Kanan universiti dari negara Asia dan Arab untuk berbincang dan saling berkongsi pengetahuan mengenai halatuju pendidikan tinggi dengan topik cabaran kepimpinan dan urus tadbir institusi pengajian kini tinggi menjadi tumpuan utama delegasi.

Program ini berkonsepkan sesi ucaptama, pembentangan oleh jemputan, persidangan meja bulat, diskusi waqf, dinner talk dan pameran.

Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, penganjuran AAGHES ini merupakan kesinambungan dari kejayaan penganjuran Arab-Malaysian Global Higher Education Summit (AMGHES) yang turut dianjurkan USIM pada 2012.

“Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai perancangan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi dan menjadi rujukan utama di kalangan negara-negara Islam terutamanya negara Arab dari dan negara Asia lain. Bagi merealisasikan aspirasi ini, USIM berpandangan dan mengambil tanggungjawab bahawa satu pendekatan kerjasama yang sistematik dan holistik dilihat wajar dilaksanakan antara Kementerian Pendidikan Tinggi dengan universiti negara Arab”

“Justeru itu, penganjuran AAGHES menjadi platform yang sesuai untuk membina jalinan kerjasama antara kedua belah pihak disamping memperkenalkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi yang makin mendapat perhatian dunia.  Bagi menarik penyertaan dari universiti Arab, USIM bekerjasama dengan The Association of Arab Universities (AARU) yang dianggotai seramai 280 Universiti Arab untuk persidangan kali ini”, ujar Naib Canselor USIM.

Persidangan ini akan memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa memandang serius akan pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi di negara Arab dan Asia. Ia dapat dilihat melalui inisiatif penawaran program akademik di Universiti Awam dan Swasta di Malaysia, kejayaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi dan tampil cemerlang dalam aspek kepimpinan dan pengurusan.

Selain memfokuskan kepada kepimpinan dan urus tadbir universiti, persidangan ini juga membuka ruang kepada perbincangan mengenai program pertukaran pelajar, penempatan staff akademik, jaminan kualiti, akreditasi antara universiti, penyelidikan saintifik dan pelbagai aspek yang lain.

Antara pengisian sepanjang AAGHES 2016 yang menjadi tumpuan ialah perasmiannya yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada Selasa bertempat di Kampus USIM. Pada sebelah malamnya pula, para delegasi AAGHES akan diraikan oleh YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Menteri Mentor USIM dalam majlis makan malam khas bertempat di Park Royal Hotel Kuala Lumpur.

 

Disediakan oleh:

Zaini Othman

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)   

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 1987 kali

Tinggalkan Komen

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my