USIM TERBIT BUKU PUISI MAAL HIJRAH Featured

KAJANG, 9 OKT 2016 – Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus bergiat aktif dalam memartabatkan seni puisi dengan menghimpunkan 109 puisi dalam penerbitan Buku Puisi Maal Hijrah yang dilancarkan di kediaman Sasterawan ke 6 Negara iaitu Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh di Impian Golf Resort Kajang.

Puisi ini adalah hasil dari penyertaan peserta dalam Bengkel Penulisan Puisi Maal Hijrah yang berlangsung September lepas di Pusat Kebudayaan USIM yang disertai oleh pelajar Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM, Kakitangan dan Pengurusan Tertinggi USIM, penyair tanah air terdiri daripada PENA, KHUPAS dan tokoh budayawan tanah air.

Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed berkata bertemakan Maal Hijrah ini mesej-mesej puisi yang disampaikan memberi gambaran dan pengertian hijrah yang lebih luas maknanya. Kepelbagaian cerita dan luahan diungkapkan dengan cara tersendiri oleh penulis muda, amatur dan tokoh penyair tanah air, di mana ungkapan hijrah menjangkau pengertian besar dalam mengajak manusia berbuat baik di dunia dan sebagai insan kerdil pastinya setiap apa yang kita lakukan menjadi fitrah untuk kembali kepada-Nya.

“Pada malam ini juga turut dilancarkan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) yang ditadbir urus oleh Pusat Kebudayaan sendiri, di mana mereka adalah terdiri daripada penyair-penyair tanah air dan pelajar Universiti yang mencintai sastera dan budaya”.

“Program-program kesenian dan kebudayaan yang telah diadakan seperti ini sebenarnya titik tolak dan penyuntik semangat mahasiswa universiti dalam terus memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan, malah ianya terbukti dapat merangsang skill dan teknik pemikiran selain dapat meningkatkan jati diri dan ekologi moral”, tambah Encik Ismail.

Bagi Ahmad Shukor Arifen, 16, dari Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Sultan Azlan Shah Seri Iskandar, Perak melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila hasil karya puisinya terpilih diterbitkan di dalam Buku Gema Puisi Maal hijrah.

“Mendapat sokongan dari keluarga dan guru-guru membuatkan saya bersemangat untuk menceburkan diri dalam dunia seni puisi kerana ia melatih saya berfikiran kreatif, mencipta idea dan meluahkan kata-kata melalui puisi ini”, tambah Ahmad.

Anak bongsu dari empat beradik ini amat meminati seni puisi ini sejak dari sekolah rendah lagi dan telah memenangi dalam beberapa pertandingan seperti Johan Pertandingan Mendeklamasikan Puisi Kemerdekaan peringkat sekolah, selain itu turut mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan Pidato Piala Diraja Perak, dan Naib Johan dalam Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Daerah.

Dalam majlis tersebut, turut dilancarkan Program Sembang Pohon Keranji iaitu program wacana sastera dan budaya yang membicarakan perihal dunia sastera dan budaya bagi mengukuhkan perasaan dan minat terhadap dubia sastera. Ia akan diadakan secara berkala di kediaman Sasterawan Negara ke 6 atau lokasi yang bersesuaian.

Beberapa pengurusan universiti turut mendeklamasikan puisi antaranya Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof. Tan Sri Dzulkifli  Abdul Razak, Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), pelajar dan penyair tanah air, dan persembahan USIM Buskers

Turut hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengurus Besar ITBM Encik Sakri Abdullah, dan artis Syed Indera Syed Omar (SISO).     

 

Disediakan oleh:  

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

                                     

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 1792 kali

Tinggalkan Komen

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my