DR HAZMI KONGSI PANDANGAN DI PERSIDANGAN MARITIM AS

NILAI, 3 OKT – Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah satu-satunya ahli akademik dari Asia yang diundang ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat yang berlangsung pada 25 hingga 27 September lalu bertempat di Kolej Bowdoin Brunwsick, Maine, Amerika Syarikat.

Melalui pembentangan bertajuk ‘Protection of Vital Sea Lines of Communication: Malaysia’s Perspective’ beliau berkongsi pandangan mengenai isu penjagaan alam sekitar marin di laluan perkapalan yang sibuk seperti di Selat Melaka dan juga laluan perkapalan artik utara merentasi Rusia, Kanada dan Amerika Syarikat.

“Ini adalah suatu pengiktirafan besar bukan sahaja untuk saya sendiri, tetapi juga untuk USIM sebagai pusat rujukan pengajian undang-undang laut antarabangsa dan juga untuk Malaysia, sebagai sebuah negara yang sudah mengorak langkah dalam bidang ini. Ini membuktikan pakar-pakar tempatan sudah diiktiraf dan diakui di peringkat antarabangsa oleh negara-negara maritim utama seperti Rusia, Amerika Syarikat dan Jepun,” ujarnya.

Antara pembentang lain adalah ahli-ahli akademik dari universiti-universiti di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan badan-badan kerajaan (penguatkuasaan maritim) dari Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Chile dan Argentina.

Dr Hazmi pernah berkhidmat di Timor-Leste sebagai Pensyarah Pelawat di Universidade Nacional Timor Lorosa’e pada Mei 2015 juga pernah diundang oleh kerajaan Rusia sebagai Profesor Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Rusia pada tahun 2014 dan 2015.

 

Disediakan oleh: 

Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)   

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 

71800 Nilai, Negeri Sembilan               

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Maklumat Tambahan

Baca 1566 kali

Tinggalkan Komen

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my