IHRAM KENDALI KURSUS PENYEMBELIHAN HALAL (HALJOB) 2016 Featured

TEMERLOH, 9 APRIL 2016 – Sebagai peneraju utama bidang latihan berkaitan halal, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal  (IHRAM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bekerjasama dengan Hani D Unggul Sdn Bhd (HDUSB) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk menyalurkan ilmu melalui penganjuran Kursus Penyembelihan Halal (HALJOB) 2016.

HALJOB 2016 yang dilaksanakan selama 3 hari bermula 8 April bertempat di Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang membuka peluang pekerjaan kepada peserta dalam bidang pengurusan penyembelihan menepati garis panduan yang telah ditetapkan.

Objektif utama penganjuran HALJOB 2016 adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran berkenaan proses sembelihan dalam Islam selain memberi pendedahan berkaitan pengurusan daging halal.

“Kursus ini diharap dapat membentuk masyarakat berilmu supaya nilai kebersihan dalam pengurusan makanan tidak dipandang enteng malah sentiasa menitikberatkan kepentingan nilai-nilai kemanusiaan melalui ilmu yang dikongsikan,” ucap YBhg. Prof Dr Zulkiple Abd Ghani di Majlis Perasmian HALJOB 2016.

Secara amnya, HALJOB 2016 merangkumi 8 modul iaitu Pembentukan Jati Diri Belia Muslim, Penyembelihan Dari Perspektif Syariah, Manual Praktikal Penyembelihan Halal, Teori dan Praktikal Sembelihan, Sembelihan Dalam Teknologi Moden, Perniagaan dan Keusahawanan Halal, Penyembelihan Halal Luar Negara Dan Aturan Sembelihan Halal dan Pentauliahan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato Sri Hj Mohd Sharkar Hj Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang merangkap Ketua Bahagian Temerloh dan En Mohd Roslan Mohd Saludin, Pengurus Besar, Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal, QSR Brands (M) Holdins Sdn Bhd selaku wakil penyumbang dana zakat bagi pelaksanaan HALJOB 2016.

Kursus tersebut turut menerima seramai 16 orang asnaf dari pelbagai daerah sekitar Pahang yang pernah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 

Disediakan oleh:

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal  (IHRAM)

 

Dikemaskini oleh:      

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)  

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                 

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Maklumat Tambahan

Baca 1771 kali

Tinggalkan Komen

Berita Penyelidikan

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my