ICEPS 12 LAKSANA KONSEP KEUSAHAWANAN AL FALAH

NILAI,  2 OKT 2016 -  Konvensyen Keusahawan Islam (iCEPS) kali ke 12 anjuran pelajar tahun empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapatkan sambutan ramai kira-kira 8000 pengunjung yang hadir program berlangsung selama empat hari bermula 29 September hingga 2 Oktober 2016 di perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM.

Seramai 353 orang pelajar dan jawatankuasa yang terlibat di mana masing-masing mempunyai peranan tersendiri bagi menjayakan setiap aktiviti yang berlangsung. Antara aktivitinya adalah Bicara Siswi, Dikir Zikir, Forum Maal Hijrah, Halaqah Akustika, Pertandingan Bayi Comel, Jobhouse, Seminar Kerjaya dan Konsert Simfoni yang menampilkan artis Faizal Tahir, Ramli Sarip, Wani dan Hyper Act.

Turut diadakan juga aktiviti outdoor seperti Flying Fox, Roller Blade, Amazing Race dan Rainbow Shoot Run.

Antara objektif penganjurannya adalah bagi memberi pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada pelajar terhadap bidang keusahawanan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang semakin ditinggalkan oleh generasi masa kini, meningkatkan pelbagai kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar seperti kemahiran berfikir, pengurusan organisasi, kemahiran berkomunikasi serta membina keyakinan diri melalui pelbagai usaha dan aktiviti berbentuk penyuntikan ilmu pengetahuan, perencanaan, pengalaman berurusan, dan lain-lain berdasarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mempromosikan lagi USIM kepada masyarakat umum sebagai Universiti Awam (UA) yang menekankan aspek penjenamaan Islam dalam pelbagai industri seterusnya membawa nama USIM keserata negara serta menggalakkan peserta khususnya mahasiswa/i melibatkan diri secara langsung dalam program keusahawanan dan seterusnya membina jaringan perniagaan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dimana iCEPS12 menerapkan konsep perniagaan adalah Sunnah dan menekankan sumbangan semula kepada masyarkat berlandaskan konsep In pact to Impact (pakatan yang memberi kesan).

Menurut Presidennya, Arif Mohsin Mohd Yaakob pengajuran kali ini bertemakan Inspirasi ke arah Komuniti Al-Falah dimana mereka cuba membawa dimensi baharu iaitu memberi pendekatan Al Falah kepada semua lapisan masyarakat. Justeru, aktiviti yang dianjurkan juga sesuai dan pelbagai bagi golongan kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

“Sebagai program berunsurkan keusahawanan, pendekatan utama iCEPS adalah memupuk semangat keusahawanan Islam dalam kehidupan seharian, khususnya dalam memberikan pendedahan kepada mahasiswa, manakala bagi peringkat mahasiswa sendiri, kami sebagai pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat berharap konvensyen ini dapat memberi maklumat berguna dan merupakan peluang dan ruang untuk berkongsi ilmu berkenaan keusahawanan Islam yang harus diterapkan  dalam diri kami apabila bergelar usahawan suatu masa nanti”, tambah Arif Mohsin.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad.

 

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)     

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)    

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 923 kali

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my