DATO’ MUSA DITAULIAH PANGKAT KOLONEL KEHORMAT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2016 – YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dianugerahkan pangkat Kolonel pada 18 Ogos lalu bertempat di MINDEF.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor kepada lima pegawai awam termasuk Dato’ Musa Ahmad.

Dalam pada itu, Dato’ Musa turut dilantik sebagai Komandan PALAPES USIM.

Turut menerima pangkat Kolonel Kehormat adalah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF.

Dato' Mazalan bin Md Noor, Timb SUK Negeri Selangor (Pengurusan) dan Dato' Zaiton binti Johari, Setiausaha Bahagian Pembangunan MINDEF ditauliahkan ke pangkat Leftenan Kolonel Kehormat.

 

Disediakan oleh: 

Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Maklumat Tambahan

Baca 2588 kali

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my