KEJOHANAN SUKUM KE-41 DI USIM LAKAR SEJARAH TERSENDIRI

NILAI, 14 Ogos 2016 - Kejohanan SUKUM 2016 kali ke-41 yang menghimpunkan 20 Kontingen Universiti Awam seluruh negara disertai lebih 3600 orang atlet dan pegawai yang berkampung di Universiti Sains Malaysia (USIM) telah berakhir pada 13 Ogos di Majlis Penutup SUKUM bertempat di Dewan Tuanku Canselor.

Bagi kesemua 17 acara yang dipertandingkan, USIM turut berbangga dengan pencapaian sebanyak tiga pingat emas bagi acara Basikal (L) Heavyweight, Bola Tampar (L) dan Lawn Bowls Pairs (W). Secara keseluruhan, USIM mendapat 3 pingat emas, 6 pingat perak, 4 gangsa bagi acara individu manakala memperoleh emas, perak dan gangsa setiap satu pingat bagi acara berkumpulan.

“Kejohanan kali ini ternyata mencatat sejarah bermakna buat warga USIM kerana kehadiran rakan-rakan Universiti Awam ke USIM merupakan penghormatan yang tidak akan kami lupakan. Tahniah buat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bakal menjadi tuan rumah bagi Kejohanan SUKUM Ke-42 tahun hadapan,” ucap YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapan penutup.

“Diakui melalui aktiviti sukan ini, ia merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat-bakat sukan di kalangan kakitangan Universiti Awam di  samping kejohanan ini juga mampu menjadi satu wadah mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperkasakan hubungan Universiti Awam sebagai hab pendidikan tinggi di Malaysia,” tambahnya.

Majlis Penutupan SUKUM KE-41 menyaksikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjuarai acara berpasukan dan individu diikuti Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat tempat kedua bagi acara berpasukan dan individu seterusnya Universiti Malaya (UM) mendapat tempat ketiga bagi acara berpasukan manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi acara individu.

 

Disediakan oleh: 

Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

Maklumat Tambahan

Baca 1068 kali

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my