PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAJA DR NAZRIN SHAH, KG GAJAH SERTAI PROGRAM CAMPUSLIFE@USIM

NILAI, 22 JUL 2016 – Seramai 120 pelajar bersama 12 guru pengiring dari Sekolah Menengah Agama Dr Raja Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak  telah berkampung di Universiti Sains Islam Malaysia bermula 22 Julai sehingga 24 Julai 2016 sempena program Campuslife@USIM.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Dr Abd Manan Ismail, Pengarah Pusat Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Hj Ridzuan Ahmad, Pengetua Sekolah Raja Dr Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak, Guru-guru Pengiring dan Pegawai Kanan USIM.

Bermodulkan program ‘Ekplorasi Badan Beruniform’ yang dikendalikan PPKI dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), program selama 3 hari 2 malam ini memberi pengalaman berharga kepada para peserta di mana pada malam pertama mereka di raikan dengan aktiviti barbeque dan bermalam di perkhemahan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

Mereka turut diberi pencerahan dan pendedahan mengenai aktiviti beruniform yang ada di USIM seperti Sukarelawan Siswa Siswi Polis Diraja Malaysia (SUKSIS), Pusat Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Bulan Sawit Merah (BSM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti berkawad, ceramah motivasi oleh pensyarah USIM, aktiviti berkumpulan ‘kenali potensi diri melalui pemilihan badan beruniform’, aplikasi badan beruniform dalam pelajaran dan kehidupan seharian, lawatan ke Balai Bomba Nilai dan Latihan Simulasi dan program qiamullail di Masjid Nilai.

Manakala bagi Guru-guru Pengiring pula turut diadakan Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran yang disampaikan oleh tiga penceramah dari USIM iaitu Profesor Madya Dr. Siti Salhah Othman bertajuk Peranan Kaunseling dalam Pembinaan Sahsiah Pelajar, Prof. Dr. Norita Narwawi bertajuk Pembudayaan Inovasi di kalangan Pelajar Sekolah dan Encik Md Faiz mengenai Program Permata Insan (Sekolah Dalam Kampus) sebagai salah satu usaha memperkenalkan program pengajian untuk anak-anak pintar di USIM.

Menurut Timbalan Pengarah StraComm Encik Asri Husain berkata, pihak USIM menyedari bahawa Universiti pada hari ini tidak hanya sebagai sebuah Institusi ilmu tetapi turut memainkan peranan sebagai platform untuk pembangunan komuniti daripada pelbagai lapisan dan usia untuk mendapatkan pendidikan sepanjang hayat. Maka dengan sebab itulah, pihak StraComm, USIM menawarkan program Kehidupan di Kampus USIM (Campuslife@USIM) adalah untuk membolehkan masyarakat di luar Universiti juga berpeluang mendekati USIM secara lebih terbuka. Ini akan dapat membantu merapatkan hubungan di antara komuniti dengan Universiti dan membolehkan kerjasama strategik ini dimanfaat secara optimum. 

“Program ini dibuka kepada pelajar sekolah dan orang awam di mana terdapat 17 modul yang ditawarkan dalam Campuslife@USIM iaitu seperti program anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) iaitu Program Science and Al Quran Adventure, Kelas Bakeri Bakefast, Kelas Photoshop, Kem Robotik, Kelas Penyuntingan Video dan juga Kelas ICT KLIK. Manakala Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) pula menawarkan program Celik Bahasa Arab dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) pula menyediakan Slot program Rahsia Usahawan Soleh Abdul Rahman Bin Auf (RUSARBA)”.

“Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) pula membawakan Program Talaqqi Bersanad dan Tadabbur - Surah Al-Fatihah dan Fakulti Syariah dan UNdang-Undang (FSU) pula menawarkan empat program iaitu Eksplorasi Astrofiqh, Klinik Asas Undang-undang Pengguna, Klinik Undang-undang Pengguna Lanjutan dan juga Halal Summer School. Manakala Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigfian (FPg) pula membawakan Program Eksplorasi Perubatan dan Pergigian”.

“Pusat Sukan USIM juga tidak ketinggalan menawarkan program Hit the Bull Eye iaitu program belajar Memanah dan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) pula memberi peluang kepada pelajar bagi mengikuti program Eksplorasi Badan Beruniform seperti yang dijalankan pada hari ini”, jelas Encik Asri.

Pada Akhir program, sesi penyampaian hadiah diberikan kepada Peserta Terbaik Lelaki dan Wanita dan Kumpulan Terbaik Badan Beruniform. Majlis perasmian penutup disampaikan oleh Dr. Faizal Kasmani Pengarah StraComm.

 

 

Disediakan oleh: 

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)    

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  

71800 Nilai, Negeri Sembilan                

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

 

 

Maklumat Tambahan

Baca 1071 kali

Berita Kampus

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my