Arkib Berita USIM

ARKIB BERITA USIM
TAHUN 2008 - 2014

Berita oleh;
StraComm, Agen Berita HEP,
Media & Warga USIM

Item yang ditapis oleh tarikh: Disember 2012

NILAI, 16 DIS 2016 – Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengungguli anugerah Kategori Buku Kaunseling Terbaik pada Majlis Anugerah Buku Negara 2016 yang diadakan pada 14 Disember bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Diterbitkan dalam Penyelidikan & Penerbitan

NILAI, 16 NOV 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama dengan dua agensi luar dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama 3M Malaysia Sdn Bhd dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd.

Diterbitkan dalam Penyelidikan & Penerbitan

NILAI, 6 DISEMBER 2016 -  Fairus Abdul Manaf dianugerahkan sebagai penerima sulung Anugerah Pelajar Wanita Terbaik CEMCA bagi tahun 2016. Anugerah ini diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang di universiti dan peringkat antarabangsa. Fairus menerima cek bernilai USD 600 sumbangan penaja iaitu Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) serta trofi. Anugerah ini merupakan hasil memorandum persefahaman antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan CEMCA pada Disember 2015 yang diterajui oleh Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN).

Diterbitkan dalam Berita Kampus

NILAI, 14 DIS 2016 - Pengarah Pejabat Perhubungan Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dikenali sebagai USIM Alamiyyah, Prof Dr Roshada Hashim dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa sejak 1 Disember lalu.

Diterbitkan dalam Berita Kampus

NILAI, 10 DIS 2016 – Kelab Sahabat Faqeh (SaF@USIM) dengan kerjasama Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mengadakan satu program khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) bersempena sambutan hari OKU sedunia yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM baru-baru ini.

Diterbitkan dalam Berita Kampus

NILAI, 7 DIS 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) dan Universiti Reitaku, Jepun buat julung kalinya telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengadakan hubungan antarabangsa jangka panjang di dalam bidang penyelidikan perniagaan dan jaringan akademik. 

Diterbitkan dalam Penyelidikan & Penerbitan

JEPUN, 20 NOV 2016 – Seramai 15 orang peserta dan seorang pegawai pengiring dari Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan misi kembara Global Islamic Student Outreach (GISO) di Hokkaido, Jepun baru-baru ini.

Diterbitkan dalam Berita Kampus

NILAI, 22 OKT 2016 -  Seramai 39 mahasiswa/i Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Tahun 3 yang turut diiringi oleh seorang pensyarah USIM telah menjalankan program Rehlah Ilmiah Dan Khidmat Ummah (Riku) untuk pelajar-pelajar Kelainan Upaya yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (SKPK Alma).

Diterbitkan dalam Berita Kampus

NILAI, 6 DIS 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi berjaya meganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan  Siswa USIM 2015 (AKSIS’15) buat kali kelapan bertempat di Dewan Tuanku Canselor baru baru ini.

Diterbitkan dalam Berita Kampus

NILAI, 4 DIS 2016 – Kontingen Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama Suksis USIM apabila menguasai empat (4) acara sukan dalam Karnival Sukan Suksis Universiti Awam Zon Tengah (SUKAT) 2016 yang berlangsung baru-baru ini.

Diterbitkan dalam Berita Kampus
Laman 1 of 81

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my