NILAI, 21 SEPT 2016 -  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menjadi peneraju dikalangan Universiti Awam (UA) dalam menawarkan  kursus melalui platform Massive Open Online Course (MOOC) dengan menggunakan medium Bahasa Arab.  MOOC merupakan Koleksi Kursus Terbuka atas Talian yang ditawarkan oleh universiti awam dalam skala besar sama ada secara percuma atau dengan kos minima.

NILAI, 15 SEPTEMBER –Seramai empat orang pelajar dan seorang pegawai pengiring dari Prefectural University of Hiroshima (PUH) mengikuti Summer Program di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selama seminggu yang telah pun bermula pada 3 hingga 9 September.

KEMBOJA, 25 OGOS 2016 - Seramai 15 orang ahli kelab Global Islamic Volunteer (GIV), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Kemboja untuk mendekati masyarakat di sana selain memberi khidmat masyarakat kepada penduduk dan murid daif dari aspek sumbangan tenaga ilmu serta melaksanakan misi kesukarelawan dan pengajaran kepada masyarakat di sana baru-baru ini.

NILAI, 14 SEPT 2016 – Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini yang diadakan di perkarangan Dataran Selera Pusat Komersil USIM.

NILAI,  22 SEPT 2016 - Dalam usaha memperkasakan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka, sebanyak 8 kertas kerja dan seramai 600 ratus peserta yang terdiri dari Pegawai Syariah, Hakim- hakim syarie, pengamal undang-undang dan para pelajar tempatan dan antarabangsa telah menghadiri Seminar Kebangsaan Transformasi Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia 2016 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM. Seminar ini turut melancarkan E-Faraid yang dirasmikan oleh YB Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  

NILAI, 21 SEPT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Karnival e-Pembelajaran Universiti peringkat Antarabangsa / International University Carnival on e-Learning (IUCEL) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor.

PUTRAJAYA, 9 SEPT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)  yang disaksikan oleh YB Senator Dato Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya.

NILAI, 7 SEPT 2016 – Seramai lebih 300 peserta yang hadir ke Program  Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) USIM bersama Majlis Kepimpinan Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM) dan Majlis Keusahawanan Universiti Malaysia (MAKMUM) bertempat di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran Sunnah.

  PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6281/6004, Faks: +606-798 8204, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my